Last time aku ada join ceramah kat Klinik Kesihatan..tak ingat tarikh..tapi topik pasal pemakanan sihat ibu mengandung..quite ok la ceramah tu..cuma bukan doktor yang bagi ceramah..doktor tak dapat datang..yang bagi ceramah ialah nurse..so sedikit sebanyak ceramah tu effect qualiti pembelajaran..aku rase tertekan sebab nurse tak dapat nak jawab soalan2 ibu bila diajukan...ada soalan yang bebetul ringkas pon tak leh jawab..so aku tak stay lama kat ceramah tu..at last aku keluar tanpa terus buang masa...hehehe..
contoh soalan yang diajukan oleh ibu:
IBU : kenapa saya dapti najis saya warna hitam?
NURSE : itu menandakan kamu ambil ubat dengan betul dan teratur..kalau kamu ambil ubat dengan betul..memang najis kamu akan jadi hitam...
AKU : (dalam hati) tu je ke jawapan ko boleh bagi? bagi aku,jawapan nurse tu tak membantu langsung..kalau la aku nurse tu..aku akan jawab :
Ubat IRON / zat besi yang diberi kepada ibu mengandung adalah punca najis jadi hitam..kenapa? iron tablet tu membantu untuk menstabilkan dan meningkatkan paras Hb dalam darah..tetapi apabila dalam sesuatu kuantiti yang tak diperlukan oleh badan iron tersebut akan dibuang melalui najis..sebab tu najis jadi warna hitam..so ibu2 tak perlu risau...
IBU : Saya tak biasa minum susu, rasa loya..boleh tak saya gantikan dengan milo atau soya?
NURSE : Boleh..tapi cubalah biasakan diri minum susu..sebab Milo ada kafein..tak elok untuk ibu dan baby..( pasal soya aku tak ingat nurse jawab ape)
Bila keluar je perkataan KAFEIN..bertubi-tubi soalan2 mengenai kafein..mula la kalut nurse nak jawab..
IBU : Apa effect kafein terhadap ibu dan baby?
NURSE : Kafein tak elok sebab dia boleh ganggu kehamilan dan boleh buat keguguran.
IBU : Saya terbaca artikel bahawa coklat hitam (dark Choc) baik untuk ibu hamil..camne pulak dengan kandungan kafein dalam coklat? (hambik ko!)
NURSE : Saya tak begitu pasti la pasal coklat..yang pastinya makanan dan minuman yang ada kafein memang tak elok...
Prrrruuuufffttt...pe bende la yang korang dok pompang..buat la research dulu sebelum ko bagi talk..
Sepatutnya nurse yang dah lama bertugas ni patut paham dengan situasi ibu-ibu hamil..especially bagi yang hamil anak pertama..sebab memang banyak soalan yang diorang pikirkan..even najis hitam pon diorang akan tanya sebab tu salah satu perubahan dalam diri ibu yang hamil...
dan tak sepatutnya nurse-nurse ni menakutkan ibu2 dengan perkataan "keguguran"..sebab kalau dia banyak membaca dan buat research atau consult doktor dulu sebelum gantikan doktor untuk bagi talk..mesti dia boleh jawab soalan-soalan ibu..bukan dengan memberi jawapan2 ringkas dan tak pasti...dan memalukan diri sendiri..
sampaikan keluar ayat " takpe la..nanti saya akan tanya doktor untuk jawab soalan kamu ni"
Sebab tu la aku malas nak tanye soalan pada nurse..pernah sekali aku pegi checkup..dan aku tanya soalan yang terlintas waktu dia tengah consult..boleh dia jawab..
"haritu ko pergi jumpe doktor nape ko tak tanya..nanti jumpe doktor ko tanya..ok"
Macam hampeh tak jawapan diorang ? sumpah aku tak tanya dah..so ape2 soalan terlintas ..aku biasanya wat research je kat tenet..belambak jawapan dari forum atau artikel..sebab tu aku tak stay lama kat ceramah tu..and pasni kalau nurse je bagi ceramah..aku tak tunggu dah..aku akan terus blah..